computer, laptop, technology

Kenapa perlu ada website?

8 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN WEBSITE

SEBAB #1 MAJORITI PENGGUNA AKAN BUAT TAK TAHU KAT BISNES YANG TIADA WEBSITE

Website anda merupakan aset pemasaran utama kalau anda nak “survive” dalam bisnes era digital sekarang ni.
Kita ambil contoh mudah iaitu diri anda sendiri. Berapa kerap anda akan “Google” dulu sebarang servis atau produk yang anda ingin dapatkan?
Apa perasaan anda bila anda cari sesebuah produk atau servis dibawah jenama tertentu tapi bila anda “Google”, anda tak jumpa website untuk jenama tersebut?
Rasa bisnes tersebut tak “trusted”?
Rasa bisnes tersebut “outdated”?
Rasa bisnes tersebut tak profesional?
Rasa susah nak buat pembelian?
Kalau anda pun dah rasa camtu, anda “expect” prospek anda tak rasa camtu?

SEBAB #2 : PROSPEK AKAN CARI INFO BERKENAAN SERVIS/PRODUK ANDA SECARA ONLINE

Anda sendiri kalau perlukan servis atau produk untuk masalah tertentu, anda pasti akan “Google” kan? Sama macam dalam sebab sebelum ni.
Cuba anda fikir, kalau anda ada servis/produk tersebut, tapi anda tiada di Google, prospek anda akan tahu tak yang anda ada benda-benda tersebut?
Lagi sedih kalau pesaing anda dah ada website. Mudah-mudah je dia tapau semua prospek anda walaupun prospek tersebut duduk tak jauh daripada anda.

SEBAB #3 : MEDIA SOSIAL BUKAN MILIK ANDA DAN BELUM TENTU AKAN TERUS “HIDUP”

Anda mungkin ada page Facebook dengan 100 ribu likers atau mungkin Instagram dengan 100 ribu followers.
Tapi, anda pernah tak terfikir kalau tiba-tiba media sosial tu “mati”?
Benda tak mustahil. Pernah dengar Friendster? Myspace?
Dah “mati” kan?
Bayangkan kalau satu hari nanti page Facebook atau Instagram anda mati, kalau anda tak ada website, kat mana pelanggan anda nak cari anda?
Bila anda ada website, kerja anda untuk kumpul “database” pun lagi mudah. Mudah juga untuk anda hubungi “database” tersebut

SEBAB #4 : WEBSITE ANDA, ANDA BEBAS NAK BUAT APA SAJA

Siapa kat sini dah bosan bila nak buat “copywriting” di FB asyik-asyik terlanggar pantang larang?
Perkataan tu tak boleh guna. Perkataan ni tak boleh guna.
Banyak-banyak kali langgar pantang larang, ads anda tak lulus. Tak approved. Lagi sedih kalau terus kena “flag”.
Benda tu takkan jadi kalau anda guna website. Website anda, undang-undang anda. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda nak.

SEBAB #5 : BISNES ANDA BOLEH “RUN” 24 JAM

Bila anda ada website ni, ia sama macam anda ada kedai 24 jam.
Tapi yang bestnya anda tak perlu “hire” staf untuk kerja 24 jam dan anda sendiri boleh buat “sales” walaupun anda tengah tidur!
Ok. Ni bukan sembang kencang. Memang tu tujuan ramai usahawan buat website.
Bila-bila masa prospek nak cari anda pun boleh. Anda pun tak perlu ada untuk “explain” berkenaan servis/produk anda.
Tulis semua siap-siap atau sediakan video di website berkenaan servis/produk anda dan biar website anda yang melayan prospek anda.
Sempoi kan?

SEBAB #6 : TAK PAYAH SUSAH-SUSAH CLOSING

Ni betul. Bila anda dah ada website, buat satu “salespage” untuk setiap produk anda, dan sediakan satu copywriting yang paling mantap.
Bawa prospek anda dari satu fasa ke satu fasa dan akhir sekali, sediakan satu “powerful call-to-action” untuk buatkan prospek anda terus dapatkan servis/produk anda.
Kalau website jenis e-commerce, anda boleh sediakan semua info berkaitan produk anda mengikut kategorinya yang tersendiri.
Mudah la kerja prospek anda nak belek produk anda.
Tak perlu dah nak PM ke Whatsapp ke untuk closing. Prospek baca apa yang anda tulis dan terus beli.

SEBAB #7 : MUDAH NAK BUAT FREE MARKETING

Rasanya ramai yang rasa terbeban dengan kos marketing yang semakin meningkat.
Kos makin tinggi. Sales tak naik-naik pun.
Bila anda ada website ni, anda tak perlu fikir sangat pasal kos marketing.
Waktu anda nak buat website, fikir dan buat “keyword research” siap-siap.
“Keyword research” yang mantap akan pastikan sales anda tak putus-putus setiap bulan dan lagi best semua ni “free marketing”.
Gunakan “keyword” tersebut untuk hasilkan content yang mampu menarik trafik ke website anda.

SEBAB #8 : KALAU ANDA TAK BUAT WEBSITE, PESAING ANDA AKAN BUAT

Kalau anda tak nak buat website dan dah rasa selesa dengan sales anda, tak ada masalah.
Cumanya nanti jangan la stress kalau anda dapat tahu pesaing anda dapat “tapau” sekali dengan pelanggan anda sebab dia dah ada website.
Kenapa?
Boleh belek balik 7 sebab yang sebelum ni. Kalau anda tak buat, tak semestinya pesaing anda pun akan turut sama tak buat.
Mana lagi “better”? Anda tinggalkan pesaing atau pesaing tinggalkan anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top